R U N N I N G M A N L O V E R S


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW



Monster Talk

something



Mama Stuff

something

Memey Credits

something

Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin/Yacemin.
Header by Bedah Lautner
Re-dit by Nurul Syuhada
My Chikaro is a Crocodile 1
     "Ish, mana budak ni tak sampai lagi?" gertak hati Irdina. Hampir separuh jus epal yang tinggal di dalam gelasnya. Disisipnya lagy bagi menghilangkan haus di tekak. Minah seorang ni macam baru belajar berjalan ke? Janji pukul berapa sampai sekarang tak sampai lagi?!
  
      Tiba-tiba dia ternampak seorang 'chikaro' comel berjalan lenggang-lenggok mengalahkan ulat bulu. Ulat bulu pun tak macam dia! Sempat lagi main kenyit-kenyit mata dengan budak junior yang pakai speck tu, Adi. Si Adi tu pulak . . . huh, gaya macam nak tumbang je.
  
      "Hai, lama tunggu?" Nezillya terus bertanya denagn membuat muka tidak bersalah. Tanpa dipelawa, dia terus duduk dihadapan Irdina.
  
      "Tak lah! Baru aje sampai. Baru 20 minit yang lepas aku sampai. Ni apahal kau lambat ni?" marah Irdina. Pantang betul kalau janjinya tidak ditepati.
 
     "Tadi tu, siapa minah senget tu? Ah! Sofea!"
  
     "Kenapa dengan Sofea?"
  
     "Dia serang aku tadi."
  
     "Apa? Serang? Itulah, aku dah cakap, jangan kau rapat dengan si Ridzwan tu." nasihat Irdina.
  
     "Alah, diorang baru berangkat-angkat je kot. Yang dia nak bising-bising tu kenapa? Eh, lepas ni nak try budak specky tu lah, comel juga Adi tu."
 
     Hurmm . . -_- Irdina hanya mampu menggeleng.
 
     "Jomlah, mak cik kafeteria ni asyik jeling-jeling aje dekat aku. Tak puas hatilah tu sebab aku report dekat Puan Farhana yang kafe ni kotor minggu lepas," ajak Irdina.
  
     "Ataupun dia da muak tengok muka kau," meletus ketawa Nezillya. Kureng asam boy betul dia ni.



Ketika sedang berjalan-jalan di Mid Valley, Nezillya tiba-tiba terlanggar seseorang. Dia terjatuh dan sempat di sambut oleh pemuda yang melanggarnya tadi.
  
     "Hey! Awak ni buta ke rabun? Kalau rabun pakailah speck! Dah, lepakan saya!" Gertak Nezillya. Buat malu aje terjatuh di depan orang ramai. Lepas tu kena sambut dengan mamat nih! -_-
 
     "Saya mintak maaf. Awak okey ke?" tanya pemuda itu, terpancar jelas keprihatinannya terhadap gadis yang dilanggarnya tadi.
 
     "Tak ada apa-apalah. Dia okey je. Tengok! Tangan dia tak patah pun," jawab Irdina bagi pihak Nezillya. Dia malas nak tengok Nezillya bertekak disini. Nezilya ni kalau marah mengalahkan gunung berapi meletus! Berasap-asap je muka dia ni.
  
     "Adoi!" Irdina mengaduh kesakitan apabila siku Nezilya yang tajam bak mata lembing itu singgah ke perutnya.
  
     "Awak dengar sini, saya boleh terima maaf awak tetapi dengan satu syarat," huhu . . dah start dah syarat-syarat bagai dia tu . . .
  
     "Apa dia?" pemuda tampan berkulit putih itu tertanya-tanya. Itupun nak bersyarat ke? Orang nak cepat ni!
  
     "Bagi nombor phone awak," jawab Nezillya selamba.
 
     'Erk?! Ni mesti nak jadikan mangsa baru ni?' soal Irdina dalam hati. Tak mampu untuk melafazkannya dibibir.
  
     "Oh, okey," kata pemuda itu sambil mengeluarkan sehelai note pad dan pen dari beg sandangnya.
  
     'Hui, senangnya dia ni bagi nombor phone kat orang lain,' kata hati Nezillya sambil tertawa kecil. Orang main-main je tapi alang-alang orang dah nak bagi tu ambil je la ~
 
     "Nah!" lelaki tadi menghulurkan sehelai note pad berwarna hijau kepada Nezillya.
 
     "Okey, thanks. Bye!" cepat sahaja Irdina tolong cakapkan terima kasih dan terus tarik tangan Nezillya pergi dari situ. Sesi bertukar nombor telefon sudah habis!
   


0 comment[s] | back to top