R U N N I N G M A N L O V E R S


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW



Monster Talk

something



Mama Stuff

something

Memey Credits

something

Template by Aqila Farah Zulkifli . Basecode by Yasmin/Yacemin.
Header by Bedah Lautner
Re-dit by Nurul Syuhada
My Chikaro is a Crocodile 2
"Selamba badak aja kau mintak mamat tu number phone dia . . . memang muka tembok China  betullah kau ni!" sindir Irdina. Peristiwa tadi masih berlegar difikirannya. Lepas aja kejadian langgar tak lari itu terus sahaja Irdina mengajak Nezillya pulang ke Apartment D'Shire Villa yang terletak di Kota Damansara. Begitu dekat dengan KDU University College Malaysia, tempat mereka menuntut pelajaran. Apartment mewah itu disediakan oleh bapa Irdina. Maklumlah anak Dato'. Nezillya hanya menumpang sahaja. Itupun free-of-charge atau singkatannya FOC! Senangkan dapat kawan yang merupakan anak kepada Dato' Hisyam ni?
   
     "Mangsa ke-15 dalam tahun ni!" Nezillya sibuk mengira jumlah lelaki yang pernah menjadi mangsanya menggunakan jari.
   
     "Huh, sampai bila kau nak jadi macam ni, Nez? Semua lelaki dekat kolej ni habis kau permainkan. Tak cukup dekat kolej, dekat shopping mall pun kau sebat," kata Irdina. Dia faham mengapa Nezillya selalu mempermainkan hati dengan perasaan insan bergelar lelaki. Sejarah silamnya sangat memeritkan hingga terbawa-bawa dendamnya sampai sekarang. Dulu semasa di sekolah menengah bilik disiplin tu dah macam rumah kedua Nezillya. Cikgu Nora tu pula ibarat mak angkat Nezillya dekat sekolah. Selalu sangat Nezillya kena kantoi dengan cikgu sebab dating kat sekolah. Nak nak jugak budak-budak lelaki yang pernah dating dengan dia dulu lagi teruk. Kena ceramah percuma, sebat, saman, amaran, buang sekolah semuanya ada. Nezillya ni boleh tahan juga bakat menipu dia. Macam-macam alasan yang dia jawab apabila disoal siasat. So, dia selamatlah tapi yang lain godaii ! Dalam banyak-banyak lelaki yang pernah tertipu dengan buaya betina seekor ni, tak ada sesiapa pun Nezillya pernah serius terhadap hubungan mereka. Dendam Nezillya memang kuat.
   
     "Sampai bila-bila, Ir . . " jawab Nezillya pendek. Mals nak cakap tentang hal ni. Dah banyak kali rasanya Irdina bangkitkan isu-isu yang tak berapa nak hot ni. Hampir setiap hari dia menangisi nasib dirinya. Pasti ramai yang akan pandang jijk terhadap dirinya. Habis maruah diri yang sempat diperlihara selama 15 tahun diragut oleh bapa tiri sendiri. Kenangan pahit itu mula menerjah kembali ke dalam kotak fikirannya . . .



8 tahun yang lalu . . .
"Kenapa mama kahwin lain? Kenapa? Mama dah tak sayang Puteri lagi ke?" dia bertanya kepada mamanya. Kenapa mama kahwin? Baru 5 bulan yang lepas papa meninggal dunia. Adakah cinta mama terhadap papa hanyalah cinta palsu? Cinta kerana wang dan harta? Papa meninggal dalam satu kemalangan jalan raya diantara sebuah lori dan sebuah kereta MPV milik papa. Tapi mama langsung tidak menunjukkan reaksi sedihnya apabila menerima berita tentang kematian papa. Mungkin mama tidak mahu menonjolkan kesedihanya. Tapi kini baruku faham. Selama ini memang mama bencikan papa kerana papa tidak meninggalkan harta sesen pun untuk mama. Mama tidak cintakan papa! Sebaliknya mama ada hubungan mesra dengan lelaki lain!
   
     "Mama buat semua ni demi kebahagiaan keluarga kita syang, meme perlukan seorang suami dan Puteri perlukan seorang papa," pujuk Puan Norazila.
   
     "Tapi kenapa mama pilih dia? Dia jahat! Dia jahat mama !" herdiknya. Marah yang teramat sangat.
   
     "Mama tak kira, sama ada Puteri suka atau tidak, Puteri kena terima Uncle Johan sebagai papa baru Puteri! Faham?!" marah mamanya. Dia tidak suka apabila diherdik sebegitu rupa.



Seminggu berlalu . . .
     Hidup dengan bapa tiri tidaklah seteruk yang disangkakan. Encik Johan layan Puteri Nezillya dengan baik sekali. Dah macam anak sendiri. Suatu hari, Puan Norazila outstation ke Paris. Hanya tinggal Encik Johan dan Puteri sahaja dirumah agam itu.
   
     "Assalamualaikum," Puteri memberi salam setelah melangkah masuk ke dalam banglo tiga tingkat itu.
   
     "Waalaikumsalam," jawab Encik Johan
   
     "Eh, Papa tak kerja ke? Papa dah makan?" soal Puteri.
   
     "Papa half day hari ni. Belum makan lagi hari ni kan Mak Tiah cuti tu yang dapur rumah kita sunyi aje tu. Puteri Kanapa balik lambat?" Encik Johan pula menyoal.
   
     "Tadi Puteri ada kelas tambahan. PMR kan dah nak dekat. Papa kalau belum makan, jom makan dekat luar nak tak?" ajak Puteri.
   
     "Jom! papa belanja, Puteri pergilah mandi dulu."
   
     "ok!" Puteri terus berlati ke tingkat atas menuju ke biliknya.


Hujan renyai-renyai mula membasahi bumi. Semakin lama semakin lebat. Guruh mula berdentum sana sini.
   
     Puteri Nezillya yang baru sahaja selesai mandi tadi terkejut apabila terdengar dentuman kilat yang sangat kuat.
   
     "Kus semangat," Puteri mengurut dadanya. Dia baru sahaja keluar dari bilik air dengan hanya bertuala yang menutupi separuh badannya. Rambutnya yang panjang separas bahu dilepaskan begitu sahaja untuk dikeringkan. Kemudian, dia berbaring diatas katil untuk melepaskan lelahnya yang tidak kesudahan.
   
     Tiba-tiba, pintu bilik Puteri Nezillya dikuak perlahan tanpa disedari oleh tuan punya bilik sendiri. seseorang sedang melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu ditutup perlahan dan dikunci dari dalam.Seseorang yang berbadan tegap itu menuju ke katil. Dan . . . censored 18+ [tak sanggup den nak nulis ! >.<]


"Woi! Kau dengar tak apa aku cakap ni?! Nez! Kenapa kau menangis ni? Aku ada tersalah cakap ke?" kata-kata Irdina mematikan kembali memori hitam yang terjadi pada dirinya.
   
     "Kenapa nasib aku jadi macam ni, Ir. Aku tak nak. Sampaikan aku takut hendak melihat diri aku sendiri. Aku tak mintak jadi jijik macam ni!" Nezillya mula menangis teresak-esak. Dia berjanji tidak mahu menangis lagi tetapi apalah sangat jiwa seorang wanita lemah sepertinya ini.
   
     Lantas Irdina memaut bahu Nezillya untuk menenangkan rakan baiknya itu. "Sabar Nez, aku ada. Kalau kau rasa sedih kau kongsi aje dengan aku. Aku sanggup dengar. Kitakan dah lama kawan. Sejak form 4 lagi," ujar Irdina. Kalau Nezillya menangis, dia pun rasa hendak menangis juga. :(
   
     "Weh, aku dah tak menangis lagi dah. Kan aku dah janji tak nak nangis lagi. Thanxs sebab kau sentiasa bersama dengan aku. Sayang kau <3 !," sesungguhnya Nezillya berharap agar ikatan persahabatan yang terjalin selama 7 tahun ini akan berkekalan sampai bila-bila.




    



0 comment[s] | back to top