Monster Talk somethingMama Stuff somethingMemey Credits somethingHeader by Bedah Lautner Re-dit by Nurul Syuhada ![]() My Chikaro is a Crocodile 3
"Suzie, I nak pinjam note book boleh? Tak sempat nak salinlah," pinta Nezillya."Itulah, siapa suruh kamu tidur masa kelas! Haiya . . ," kata Suzie. Nezillya hanya mampu tersengih macam kerang busuk sambil melihat Suzie mengeluarkan buku nota dari dalam beg Louis Vuitton miliknya. Sudah menjadi perkara biasa Nezillya meminjam buku notanya akibat tertidur dalam kelas. Nezillya dan Irdina berada dalam fakulti yang berbeza. Sebab itulah mereka jarang bertemu di kolej. Nezillya menuntut dibawah fakulti perniagaan manakala Irdina pula mengambil fakulti reka bentuk. Memang cita-citanya dari dulu lagi hendak menjadi seorang arkitek mengikut jejak langkah bapanya. Semuanya dibiayai oleh Dato' Hisyam termasuk Nezillya memandangkan dia tidak mempunyai saudara mara. Ibunya meninggal dunia 5 bulan selepas kes penceraiannya dengan Johan akibat penyakit barah otak yang dialaminya sejak muda dulu. Nezillya sudah diibarat anak sendiri dalam keluarga Dato' Hisyam. Mereka menerima Nezillya seadanya. "Okey, thank you Suzie. Nanti I pulangkan balik," kata Nezillya setelah buku nota tersebut berada padanya. Nezillya bergegas keluar dan terus menuju ke perpustakaan. "Ouch!" "Hey awak ni buta ke rabun. Kalau rabun pakai speklah," kata seorang mahasiswa di kolej itu. Dia segera menyangkung untuk membantu Nezillya mengutip buku-bukunya yang terjatuh. "Sorry," kata Nezillya. 'Aku macam pernah dengar ayat ni, tapi dimana ya?' bisik hati kecil Nezillya.Daripada menunduk dia segera mengangkat muka. Ingin melihat gerangan siapakah lelaki yang dilanggarnya tadi. Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat seraut wajah pemuda yang pernah dilanggar olehnya suatu keika dahulu. Tanganya yang masih lincah mengutip buku-buku itu tersentuh sedikit dengan kulit putih lelaki itu. Segera di tarik kembali tangannya. Mukanya merona merah. Alahai! Tak pernah aku rasa tangan lelaki selembut ni. Losyen apa yang dia pakai? "Awak kata apa tadi? Sorry? Oh . . ada satu syarat," kata-kata lelaki itu mematikan lamunannya sebentar tadi. "Saya nak number phone awak?" sambungnya lagi. Kali ini Naezillya tercengang. Menyindir ke apa ni? "Macam mana awak boleh ada dekat sini? Awak spy saya ea?" tanya Nezillya kehairanan. "Hahaha!" ketawa lelaki itu. "Saya pelajar baru disini, Urmm . . mana library ye? Saya tak jumpalah dari tadi?" giliran dia pula bertanya. "Oh, kebetulan saya pun nak ke library, jomlah," Nezillya segera mengajak lelaki itu. Dia pun ada hal penting untuk kesana. Sambil berjalan mereka berbual. "Kenapa awak tak call atau mesej saya sebelum ni. Kan awak ada mintak number phone saya?" tanya lelaki itu. "Oh, saya busy sikit sebab tulah kot'" "Busy kenapa? Busy dengan assignment ke dengan boyfie?" "Busy dengan studylah, apa lagi. Lagipun saya mana ada boyfriend," =P "Yelah tu . . oh ye, siapa nama awak?" "Nama saya Puteri Nezilllya bte Nordin. Kawan-kawan say panggil saya Nezillya," "Hurmm . . sedap nama tu, Saya Rayyan Rifqi. Selamat berkenalan," "Rayyan Rifqi . . . " "Ye kenapa? Tak sedap ke nama yang mama dengan papa saya bagi tu?" "Hah? Tak ada apa-apalah. Sedap jugak nama tu. Kat depan tu nanti masuk kanan. Baru jumpa library'" kata Nezillya sambil jari terlunjuknya ditujukan ke arah lorong untuk ke perpustakaan. "Oh, Ye ke? Thanks," ucap Rifqi. Mereka berdua berjalan seiring menuju ke perpustakaan. 0 comment[s] | back to top |