Monster Talk somethingMama Stuff somethingMemey Credits somethingHeader by Bedah Lautner Re-dit by Nurul Syuhada ![]() My Chikaro is a Crocodile 4
Mungkin inikah
yang dinamakan cinta
Hati gembira rasa
Bila kau kata cinta
Alunan suara berserta bunyi petikan gitar memecah kesunyian di dalam apartment. Asyik sungguh sampaikan rakan sendiri di sebelah yang sedang menonton perlawanan Piala FA di kaca televisyen itu tidak senang duduk. Tahulah suara sedap, suruh pergi ujibakat Vokal Bukan Sekadar Rupa tu tak nak. Rupa dah ada, suara ada, vokal pun ada.
"Chikaro mana yang dah tersangkut kat hang ni?" tanya Haikal dengan loghat utaranya. Gembira semacam saje sahabatku seorang ini.
"Chikaro? Apa tu?" Rifqi pula bertanya. Tak pornah-pornah laii den donga perkataan ni -,- . Rifqi menyandarkan gitarnya ditepi sofa dengan berhati-hati. Hilang suara lepas buat akustik sendiri.
"Itulah kau, bahasa mat rempit zaman sekarang ni pun kau tak tahu. Chikaro tu maksudnya awek! Lain kali tengoklah cerita Adnan Sempit tu," jawab Haikal sambil membetulkan duduknya.
"Tau... saje je," sindir Rifqi. Memang dia tak tahu pun 'chikaro' tu apa. Saje je ... berlagak tahu. :P
"Amacam tempat baru? Best sangat ke? Dari tadi happy semacam aje kau. Buang tebiat ke apa?" tanya Haikal lagi yang masih kehairanan. Sejak pulang dari kolej tadi Rifqi asyik senyum sorang-sorang. Lepastu mengelamun panjang. Sekali-sekala ketewa sendiri. Sah kena jumpa doktor!
Rifqi mendongak keatas sambil tangannya diletakkan diatas dahi. "Puteri Nezillya..." Rifqi menyebut nama gadis yang berkenalan dengannya tadi sambil terseyum sendiri. Gadis comel berkulit putih. Alis matanya lentik dan apabila terseyum... wah ! Terserlah kedua-dua lesung pipitnya. Rambutnya yang panjang paras bawah bahu itu dibiarkan lepas. Sesiapa yang melihat pasti tergoda.
"Hah?! Nezillya?!" Haikal yang terdengar Rifqi menyebut nama Nezillya itu terus bangun sambil menarik kepala sahabatnya dan digoncang kuat. "Apa yang dia buat dekat kau? Kau okey ke? OMG! Kawan aku!" soal Haikal bertubi-tubi. Kepala Rifqi dipeluk kuat. Sesak nafas Rifqi dibuatnya. Risau betul gamaknya si Haikal ni!
"Ish, dia tak buat apa-apalah dekat aku. Yang kau menggelabah ni kenapa?" kata Rifqi sambil menarik kembali kepalanya. Rambutnya yang kelihatan serabut dilurut perlahan kebelakang.
"Kau tahu tak siapa Nezillya dekat kolej ni?" tanya Haikal samil memandang tepat kearah wajah tampan Rifqi.
"Tahulah, aku baru jumpa dia masa nak pergi library lunch tadi. Chikaro yang muka comel, kulit putih, lepastu kalau dia senyum... fuhhh! Ada lesung pipit! Cute gilerrr wa cakap sama lu . . ," Rifqi memuji kecomelan Nezillya.
Haikal hanya mampu menggeleng. Dah angau tahap gaban kawan aku ni. "Ye, memanglah aku tahu dia tu comel, putih ada lesung pipit. Tapi kau tau tak, kitorang gelar dia B.U.A.Y.A B.E.T.I.N.A, Buaya betina!" kata Haikal siap mengeja lagi persis budak kecil baru belajar ABC. "Kenapa korang panggil dia macam tu? Macam dah tak ada nickname lain ke nak letak?" "Dia selalu mainkan hati lelaki macam kita ni tau. Mula-mula dia goda kau, lepastu kau akan jatuh cinta kat dia. Ilmu apa yang dia guna aku un tak tahu. Second, dia kikis duit kau. Dari tebal jadi niffis(nipis). Then, pada masa yang sama dia buat skandel dengan orang lain. Lastly, dia break dengan kau," ujar Haikal panjang lebar. Setiap step diceritakan olehnya tentang bagaimana permainan Nezillya. "Standardlah tu . . janji tak ajak masuk bilik," Rifqi ni bukannya jenis yang percaya sangat gosip-gosip ni. "Hurmmm. . . aku tak pernah dengar lagi dia ajak sesiapa masuk bilik," "Kau fikir aku percaya sangat ke gosip-gosip ni?" "Hmmm, tak?" "Kalau tak, diam! Aku nak tidur! Malam . . . ," ucap Rifqi dan terus berlalu pergi ke bilik. Malas nak layan Haikal ni. Kadang-kadang otak Haikal ni gila-gila sikit. "Ir... nanti jumpa pukul 2 tau?" teriak Nezillya dari jauh ingin memberitahu Irdina. Mereka selalu pulang ke rumah bersama-sama selepas kelas tamat. "Bukan aku yang selalu lupa, tapi kau!" Irdina teriak kembali. Nezillya tersengih sumbing. "Hurmm, yelah. Kali ni aku tak ada date." Nezillya terus berlalu apabila Irdina sudah hilang dari pandangannya. Kemudian, juga berlalu pergi sebelum 'lecturer monster' membebel jika lambat masuk ke kelas. Nezillya berjalan melintasi kafeteria sebelum menuju ke blok fakulti perniagaan yang terletak tidak jauh dari kafe. Masih ada beberapa orang pelajar lagi yang berlegar di sekitar kampus walaupun waktu kuliah sudah hampir tiba. Jalan punya jalan, sampai kat satu selekoh. Kedebush! Aduii! Sakit kepala aku. Haih . . mamat ni memang kepala besi, gumam hati kecil Nezillya. "Ish, awak ni . . kalau kita tak berjumpa dengan cara ni tak boleh tak?" Nezillya bersuara sanbil menggosok dahinya yang semakin memerah. "Manalah saya tau. Awaklah selalu sangat pandang tempat lain!" giliran Rifqi pula memarahi Nezillya. Dahinya yang putih bersih itu juga semakin memerah sama seperti Nezillya. "Awak, sayakan dah langgar awak dua kali, tapi number phone awak saya tak dapat-dapat lagi." "Mana ada saya langgar awak?! Awak yang langgar saya dulu!" "Ya, awak," "Tak!" "Ya!" "Tak!" "Ya!" "Okey, fine! It's my fault," Nezillya mengalah. Kalau bertekak macam ni sampai esok pagi belum tentu settle. "Good. Mana?" "Mana apa?" "Number phone awaklah," Rifqi tetap tidak mahu mengalah. Selagi dia tidak dapatnombor telefon gadis ini selagi itu dia tidak akan berganjak. "Huh! Tak aci. Menggunakan kekerasan!" dengan perasaan geram dia mengeluarkan sehelai notepad dan sebatang pen lalu menulis nombor telefonnya. Sudahlah dah lambat. Lagi dia melambatkan. Hish! >< "Nah!" Nezillya memberikan sehalai note pad berwarna pink tadi kepada Rifqi dan terus berlalu pergi sebelum lelaki itu bersuara. "Thanks awak! Eh, nanti dulu!" Rifqi menahan Nezillya dari terus berlalu begitu saja. Langkah Nezillya turut mati disitu. "Ya...," "Eer...er... boleh tak kalau saya nak jumpa awak malam ni?" tanya Rifqi tergagap-gagap. Hatinya menahan debaran. Harap-haraplah dia sudi keluar dengan aku, getus hati Rifqi. "Maaflah, saya sibuk malam ni. Saya dah lambat, pergi dulu, bye," Nezillya tersenyum manis dan terus berlalu pergi. "Huh...," hampa hati Rifqi. Dia mencuba untuk mendekatkan diri dengan gadis secomal Nezillya. Ternyata susah untuknya.Kata buaya, mesti layan lelaki. Tapi kenapa tak nak layan aku, bisik hati kecil Rifqi. Dia menagku dia sudah jatuh suka pada Nezillya sejak pertama kali dia berlanggaran dengan gadis itu di sebuah pusat membeli-belah tempoh hari. Hampir setiap hari dia menanti panggilan atau kiriman pesana sari Nezillya tetapi hampa. Habuk pun tak dak! >< Lalu, dia melangkah pergi ke kelas . . . . 0 comment[s] | back to top |